Saturday, July 6, 2013

Jenis Jenis Tarannum

Berikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.

Ajam – Ajam (عجم), Jiharkah (جهاركاه), Shawq Afza ( شوق افزا atau شوق أفزا) Sikah – Bastanikar (بسته نكار), Huzam (هزام), Iraq (عراق), Mustaar (مستعار), Rahat El Arwah (راحة الارواح atau راحة الأرواح), Sikah (سيكاه), Sikah Baladi (سيكاه بلدي) Bayati – Bayatayn (بیاتین), Bayati (بياتي), Bayati Shuri (بياتي شوري), Husseini (حسيني), Nahfat (نهفت), Nawa Nahawand – Farahfaza (فرحفزا), Nahawand (نهاوند), Nahawand Murassah (نهاوند مرصّع or نهاوند مرصع), Ushaq Masri (عشاق مصري) Rast – Mahur (ماهور), Nairuz (نوروز), Rast (راست), Suznak (سوزناك), Yakah (يكاه) Hijaz – Hijaz (حجاز), Hijaz Kar (حجاز كار), Shadd Araban (شد عربان), Shahnaz (شهناز or شاهناز), Suzidil (سوزدل), Zanjaran (زنجران) Saba – Saba (صبا), Saba Zamzam (صبا زمزم) Kurd – Kurd (كرد), Hijaz Kar Kurd (حجاز كار كرد) Nawa Athar – Athar Kurd (أثر كرد), Nawa Athar (نوى أثر or نوى اثر), Nikriz (نكريز)

Walau bagaimanapun, Maqam/ Tarannum yang biasa di Malaysia ialah:

1-Bayati 2-Sobah 3-Sikah 4-Rast 5-Nahawand 6-Jiharkah 7-Hijaz

Memandangkan pada zaman kegemilangan Islam yang lampau, pengaruh kesenian wilayah-wilayah yang diduduki Islam telah menyerap antara satu sama lain. Antaranya ialah Iraq (Baghdad), Parsi, Turki dan Mesir. Kesemua nama-nama negara ini mempengaruhi tamadun kesenian Islam dalam jangka masa yang berbeza.

Sunday, June 30, 2013

HUKUM DAN KEPENTINGAN MEMBACA AL-QURAN BERTAJWID

Sebelum kita membicarakan hukum membaca al-Quran dengan bertajwid, ada baiknya dijelaskan tentang hukum mempelajari ilmu tajwid terlebih dahulu. Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah bagi umat Islam. Maksud belajar ilmu tajwid itu sebagai fardu kifayah, bererti mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid sebagai rujukan bagi masyarakat setempatnya. Jika tidak ada seorang pun di kawasan tersebut yang mahir dalam ilmu tajwid maka kesemua penduduk kawasan tersebut menanggung dosa.

1. Dalil daripada Ayat al-Quran Apabila ditanya tentang hukum membaca al-Quran dengan bertajwid sama juga bila persoalan apakah hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid semasa membaca al-Quran. Hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid dalam bacaan al-Quran adalah fardu ‘ain ke atas setiap muslim tidak kira lelaki atau pun perempuan. Apabila seseorang itu membaca al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. Sekalipun semasa bacaan al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca al-Quran yang tidak wajib seperti dalam solat) al-Quran itu wajib dibaca dengan bertajwid sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan. Dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه

Maksudnya: Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya.

“Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”. Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W. membaca al-Quran yang diturunkan kepada baginda dengan tartil. Tartil bermaksud mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, dalam erti kata lain membaca al-Quran dengan bertajwid.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 121 antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud: Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu

Walaupun pada dasarnya hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah, tetapi tidak mungkin tercapai matlamat pembacaan al-Quran dengan tajwid yang betul (fardu ‘ain) kecuali terlebih dahulu mempelajarinya. Ini kerana tidak ada seorang pun di dunia ini yang dilahirkan dengan kepandaian dalam sesuatu ilmu kecuali dia mempelajarinya terlebih dahulu. Begitu juga dengan ilmu al-Quran yang pembacaannya diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya secara musyafahah dari mulut ke mulut hingga sampai kepada kita pada hari ini tidak mungkin dapat dikuasai kecuali dengan mempelajarinya terlebih dahulu (Surur Shihabuddin An-Nadawi, 2004).

2. Dalil daripada as-Sunnah Dalil as-Sunnah tentang wajib membaca al-Quran dengan bertajwid pula sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.) apabila ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda, maka beliau menjawab:

فقالت ما لكم وصلاته كان يصلي ثم ينام قدر ما صلي ثم يصلي قدر ما نام ثم ينام قدر ما صلي حتى يصبح ثم نعتت قراءته فاءذا هي تنعت قراءة مفسرة حرفا حرفا

Maksudnya: “Ketahuilah kamu semua, adalah baginda S.A.W. solat kemudian tidur dengan kadar baginda solat tadi, kemudian baginda solat semula dengan kadar tidur tadi hingga menjelang subuh, kemudian (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah S.A.W., maka beliau menunjukkan(satu) bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnya satu persatu”. (Hadith Jamik At-Tarmizi)

Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi S.A.W. yang berbunyi :-

"ان الله تعالي يحب أن يقرأ القرءان غضا كما أنزل" Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hambanya membaca

فانه سيجي قوم بعد يرجعون القرءان ترجيع الغناء والرهبانية والنوح لا يجاوز حناجرهم مفتونة وقلوب من يعجبهم

Maksudnya: Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja.

3. Dalil daripada Ijmak Ulama Telah sepakat para ulama sepanjang zaman dari zaman Rasulullah S.A.W. sehingga sekarang dalam menyatakan bahawa membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah menyatakan:- “Sesungguhnya telah sepakat semua imam dari kalangan ulama yang dipercayai bahawa Tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman Nabi S.A.W. lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajipan ini”.

Menurut Mazhab Imam As-Syafie, bahawa memelihara pembacaan kitab Allah Taala iaitu membaca secara bertajwid yang mu’tabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu yang wajib, tiada keraguan lagi, sedangkan bacaan selain itu adalah berdosa dan karut (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).

Imam Ibnu Jazari pula menyatakan dalam kitab puisinya (Muqaddimah) telah berkata:- والاخذ بالتجويد ختم لازم من لم يجود القرءان ءاثم لأنه به الاله أنزلا وهكذا منه الينا وصلا وهو أيضا حلية التلاوة وزينة الأداء والقراءة Ertinya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan keutamaan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana ia diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Oleh yang demikian, membaca al-Quran dengan tajwid yang betul adalah fardu ‘ain bagi setiap umat Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang mukallaf, maka hukum mempelajari ilmu tajwid yang pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut. Oleh kerana mengamalkan ilmu tajwid adalah satu kewajipan, maka dapatlah disimpulkan bahawa mempelajarinya juga merupakan satu kewajipan demi menyempurnakan tuntutan Allah Taala.

KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah mempelajari ilmu tajwid. Antara kepentingan-kepentingan membaca al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah seperti berikut:

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran. Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatkanya. Sekiranya membaca al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu:-

i. Kesalahan Nyata (لحن الجلي ) Al-Lahn al-Jali (اللحن الجلي ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali (جلي ) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. AbdulAziz Abdul Fattah al-Qari telah mengemukakan takrifan dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.

Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.

ii. Kesalahan Tersembunyi (لحن خفي ) Al-Lahn al-Khafi ( اللحن الخفي ) ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tanpa merosakkan makna. Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam tajwid dan ia tidak disedari oleh orang awam.

Hukum melakukan kesalahan tersembunyi dalam bacaan adalah haram jika dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya dan sebahagian ulama menghukumkannya sebagai makruh. Oleh itu haram bagi orang yang telah mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu Tajwid maka wajiblah mereka belajar untuk menghindarkan dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan tersebut.

2. Meningkatkan Minat Membaca al-Quran Berkat penguasaan ilmu Tajwid maka para pembaca al-Quran akan yakin bahawa mereka akan terhindar dari sebarang kesalahan, seterusnya dengan adanya penguasaan ilmu Tajwid juga kualiti bacaan al-Quran akan terpelihara. Apabila tajwid itu betul maka kecenderungan minat untuk membaca al-Quran akan lebih meningkat lagi, kerana adanya perkaitan hati sanubari dengan ayat-ayat yang dibaca. Dengan demikian, kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam peningkatan membacanya sahaja, bahkan lebih cenderung untuk mendalami makna-makna yang terkandung di dalam al-Quran. Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insane yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak.

Bagi mereka yang menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah S.A.W. :-

فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه

Maksudnya: Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan, adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya. Riwayat Baihaqi.

Dari makna hadith di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan lain-lain perbuatan.

3. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul. Apabila seseorang itu mengetahui tentang hukum tajwid akan merasa yakin semasa membaca al-Quran. Mereka tidak lagi merasa ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ditemui di mana-mana tempat dalam al-Quran yang sebanyak 30 juzuk itu.

Bagi golongan yang tidak tahu tentang hokum tajwid mereka akan gelisah dan tidak tenang dalam bacaannya kerana tidak yakin betul atau salah ayat yang di bacanya dari segi hukum tajwid.

4. Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

خيركم من تعلم القرءان وعلمه Maksudnya: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya. (Sahih Bukhari)

Dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk dan bertajwid. Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-maksud yang dikehendaki. Oleh kerana itu pembaca-pembaca al-Quran hendaklah membaca sebagaimana bacaan Rasulullah S.A.W. supaya Kitab itu selalu memberi kesan dan pengaruh kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi Muhammad s.a.w. telah pun bersabda:

من قرأ القرءان فأعرب في قرأته كان له بكل حرف عشرون حسنة ، ومن قرأ بغير اعراب كان له بكل حرف عشر حسنا ت

Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia memperolehi 20 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan sesiapa yang membaca al-Quran dengan sebutan bukan arab adalah ia memperolehi 10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca.

Dalam hadith riwayat Uthman bin Affan r.a., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:-

Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan membaca al-Quran yang menjamin kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat, antaranya ialah firman Allah Taala dalam Surah al-Fatir ayat 29 dan 30:-

Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan

Sheikh Qurra’ Mesir, As-Sheikh Muhammad bin Ali bin Khalaf al-Husaini dalam kitabnya " القول السديد " (Menulis Menurut Hukum), bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacanya, manakala membaca al-Quran tanpa tajwid (secara bacaan yang salah) adalah berdosa. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu ‘ain bagi orang-orang yang hendak membaca al-Quran, kerana al-Quran itu adalah diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. secara bertajwid (bacaan yang elok) dan ia juga telah sampai kepada kita secara mutawatir (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).

Lagu fasik ialah lagu yang bukan berasal dari lagu arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Adapun lagu nyanyian ahli kitab iaitu lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana dapat melalaikan sebutan huruf.

al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”

beriman kepadanya.

Al-Quran sendiri melaknatnya.

Laknat ini terjadi apabila pembaca membacanya tanpa tajwid, seperti mana yang disuruh oleh Allah Taala dalam firmannya yang bermaksud : Kerana al-Quran itu turunnya dari Tuhan Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan Tajwid juga perhiasan bacaan. Dan hiasan sebutan dan bacaan.

Wednesday, January 23, 2013

Tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.

Friday, January 18, 2013

Hukum Niqab @ Purdah Dalam Perbahasan 4 Mazhab Dan Para Ulama.

Penampilan wanita berpurdah seringkali diidentitikan dengan budaya orang arab atau timur tengah. Sedangkan keperluan memakai purdah atau menutup wajah bagi wanita adalah salah satu dari tuntutan ajaran Islam yang didasari dari dalil-dalil Al Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. Ini termasuk pemahaman para sahabat Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam serta para ulama yang mengikuti mereka dalam persoalan purdah bagi wanita muslimah. Maka adalah tidak benar bahawa anggapan memakai purdah merupakan budaya timur tengah semata-mata.

Berikut kami bawakan pendapat-pendapat para ulama mazhab, tanpa menyebutkan pendalilan mereka, untuk membuktikan bahwa pembahasan isu purdah ini sudah lama tertera dan dibahaskan secara mendalam di dalam kitab-kitab fiqh 4 mazhab. Secara keseluruhannya, didapati bahawa ke empat-empat Imam Mazhab telah menganjurkan agar wanita muslimah untuk mengenakan pemakaian purdah dalam kehidupan seharian mereka. Bahkan sebahagiannya sampai kepada menghukum "WAJIB" untuk setiap muslimah yang telah mencapai akil baligh untuk mengenakan purdah. Berikut dinukilan beberapa pandangan imam mazhab berhubung isu purdah ini.

Mazhab Hanafi

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

* Asy Syaranbalali berkata:

وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih dan merupakan pilihan madzhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)

* Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:

وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة

“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)

* Al Allamah Al Hashkafi berkata:

والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

* Al Allamah Ibnu Abidin berkata:

تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

“Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

* Al Allamah Ibnu Najiim berkata:

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

“Para ulama mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)

Beliau berkata demikian di zaman beliau, (wafat pada tahun 970 H), bagaimana dengan zaman kita sekarang?

Mazhab Maliki

Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

* Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

* Ibnul Arabi berkata:

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan)” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

* Al Qurthubi berkata:

قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

“Ibnu Juwaiz Mandad – ia adalah ulama besar Maliki – berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

* Al Hathab berkata:

واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat” (Mawahib Jaliil, 499)

* Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:

وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب

“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)

Mazhab Syafi’ie

Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat mu’tamad mazhab Syafi’ie.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

* Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:

ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Mazhab Hambali

* Imam Ahmad bin Hambal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

* Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:

« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha” (Raudhul Murbi’, 140)

* Ibnu Muflih berkata:

« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها

“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat‘. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki / sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan’” (Al Furu’, 601-602)

* Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya” (Kasyful Qanaa’, 309)

* Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:

القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب

“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4913.shtml)

Purdah Adalah Budaya Islam

Dari hujjah di atas, jelaslah bahawa memakai purdah (dan juga jilbab) bukanlah sekadar budaya timur tengah, namun ianya adalah budaya Islam dan ajaran Islam yang sudah diajarkan oleh para ulama Islam sebagai pewaris para Nabi yang memberikan pengajaran kepada seluruh umat Islam. Jika memang budaya Islam ini sudah dianggap sebagai budaya lokal oleh masyarakat timur tengah, maka sudah tentu ini adalah perkara yang baik. Kerana memang demikian sepatutnya, seorang muslim berbudaya Islam.

Diantara bukti lain bahawa purdah (dan juga jilbab) adalah budaya Islam :

1. Sebelum turun ayat yang memerintahkan berhijab atau berjilbab, budaya masyarakat arab Jahiliyah adalah menampakkan aurat, bersolek jika keluar rumah, berpakaian dengan tabarruj. Oleh kerana itu Allah Ta’ala berfirman:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ

“Hendaknya kalian (wanita muslimah), berada di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian ber-tabarruj sebagaimana yang dilakukan wanita jahiliyah terdahulu” (Surah Al Ahzab: 33)

Sedangkan, yang disebut dengan jahiliyah adalah masa ketika Rasulullah Sallalahu’alihi Wasallam belum diutus. Ketika Islam datang, Islam mengubah budaya buruk ini dengan memerintahkan para wanita untuk berhijab. Ini membuktikan bahawa hijab atau jilbab adalah budaya yang berasal dari Islam.

2. Ketika turun ayat hijab, para wanita muslimah yang beriman kepada Rasulullah Sallalahu’alaihi Wasallam seketika itu mereka mencari kain apa saja yang boleh menutupi aurat mereka. ‘Aisyah Radhiallahu’anha berkata:

مَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ ) أَخَذْنَ أُزْرَهُنَّ فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ بِهَا

“(Wanita-wanita Muhajirin), ketika turun ayat ini: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. Al Ahzab: 31), mereka merobek selimut mereka lalu mereka berkerudung dengannya.” (HR. Bukhari 4759)

Menunjukkan bahawa sebelumnya mereka tidak berpakaian yang menutupi aurat-aurat mereka sehingga mereka menggunakan kain yang ada dalam rangka untuk mentaati ayat tersebut.

Pendek kata, para ulama sejak dahulu telah membahas hukum memakai purdah bagi wanita. Sebahagian mewajibkan, dan sebagian lagi berpendapat hukumnya sunnah. Tidak ada diantara mereka yang mengatakan bahawa pembahasan ini hanya berlaku bagi wanita muslimah arab atau timur tengah saja. Sehingga tidak benar bahawa memakai purdah itu pelik, ekstrim, berlebihan dalam beragama, atau ikut-ikutan budaya negeri arab.

Zina, Punca, Kesan & Hukum.

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah SWT. { وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا } Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” [Al-Israa: 32] Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah SWT: “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam daripada perkataan: “Janganlah kamu berzina” yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina. [Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253] Yakni: Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubung dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina. [Al-Aluwsiy, Tafsir Ruhul Ma’aaniy Juz 15 hal. 67-68, Tafsir al-Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33] Maksud: 1) Faahisyah: Maksiat yang sangat buruk dan keji. 2) Saa’a sabiila: Jalan yang buruk. kerana akan membawa orang yang melakukannya ke dalam neraka. Tidak ada perselisihan di antara para ulama bahawa zina termasuk Al-Kabaa’ir (dosa-dosa besar) berdasarkan ayat di atas dan sabda Nabi saw yang mulia. Fakta: • Pada tahun 2008, dilaporkan terdapat lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa dikeluarkan. • Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008. • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299. [BH, 29/10/08]. • Maka secara purata:  kira-kira 28,000 lebih kes berlaku dalam setahun.  2,500 kes dalam sebulan.  78 kes dalam sehari!  Satu kes pendaftaran bagi setiap 17min 17saat. Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan dan yang didaftarkan. Bagaimana dengan kelahiran yang tidak didaftarkan? Berapakah jumlah sebenar bayi-bayi yang dibuang/bunuh begitu sahaja, samada yang dijumpai atau yang tidak dijumpai? Wallahua’lam. Bagaimana pula agaknya, jika dibayangkan dengan aktiviti zina yang tidak menyebabkan kehamilan? Berapa ramai agaknya jika kita andaikan, sekadar andaian sahaja, jika 1 kehamilan tersebut adalah nisbah bagi hasil daripada 10 perzinaan? Tentu jumlah yang terhasil adalah lebih besar, iaitu kira-kira:  780 kes zina dalam sehari, atau  lebih 280,000 kes zina dalam setahun, atau  lebih 2.5 juta kes zina antara 2000-2008!!! ((اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ)) [رواه مسلم] يقول الشاعر: أصونُ عِرضِي بمالي لا أبدّدُه – لا بارك الله بعدَ العرضِ في المال. Menjaga Kehormatan Diri, keturunan termasuk dalam perkara asas (Adh-Dharuriyyat) yang wajib dijaga. Tanda-tanda Kiamat: 1-Akhir Zaman dan Bahaya Zina, Penzina serta Anak Zina: عَنْ ‏ ‏أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ‏ ‏قَالَ ‏: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏: ‏((إِنَّ ‏ ‏مِنْ ‏ ‏أَشْرَاطِ السَّاعَةِ ‏‏أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ، وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا)). رواه البخاري ومسلم Maksudnya: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. [HR: Al-Bukhari no. 78, Muslim no. 4824] Huraian Hadis: Antara tanda-tanda kiamat ialah ramai orang yang jahil terhadap agama, serta arak dan zina bermaharajalela. Dalam hadis lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Nabi SAW bersabda: { بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ يَظْهَرُ الزِّنَا، وَالرِّبَا، وَالْخَمْرُ } [رواه الطَّبَرَانِيُّ بِسَنَدٍ صَحِيحٍ. الزواجر عن اقتراف الكبائر]. Maksudnya: “Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak”. Zina, arak dan riba adalah 3 unsur kejahatan yang berlaku kerana sifat jahil. Tidak semestinya bermaksud mereka jahil tentang hukum haramnya, kerana ramai yang tahu akan keharamannya namun masih tetap melakukannya. Sifat jahil tersebut dapat dimaksudkan sebagai jahil terhadap Allah SWT kerana jauhnya diri mereka daripada-Nya serta kerasnya hati mereka, hinggakan tanpa rasa takut melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh oleh-Nya (walaupun mereka memiliki sijil pengajian Islam). 2- Banyak Anak Zina Dilahirkan: Ummul Mukminin Maimunah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: عَنْ مَيْمُونَةَ ل عن النبي : ((لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللهُ بِعِقَابٍ)) رواه أحمد “حسن”. “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” [Riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya Hasan] 3- Berzina secara terangan: Maka, benarlah sabda Nabi SAW bahawa tanda hampirnya kiamat ialah banyaknya berlaku perzinaan. Kes-kes zina pada yang asalnya dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan tidak lagi dilakukan secara tersembunyi tetapi secara terang-terangan. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW: عن عبد الله بن عمرو قال: ((لا تقوم الساعة حتى يتسافدوا في الطريق تسافد الحمير)) قلت: إن ذلك لكائن؟ قال: ((نعم؛ ليكوننّ)) [السلسلة الصحيحة - مختصرة – رقم: (2724) (صحيح) ومعنى: (يتسافدون ويتهارجون: أي يجامع الرجال النساء بحضرة الناس كما يفعل الحمير ولا يكترثون لذلك] Maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”. [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih] Jika ramainya penzina dan anak zina, maka munasabahlah dengan perkhabaran Nabi SAW, bahawa kiamat dibangkitkan (berlaku) hanya ke atas orang-orang keji dan tidak mengenal Allah SWT. 4- Remaja dan Gejala Zina: Gejala zina di kalangan remaja di negara kita pada hari ini berada dalam tahap yang sangat membimbangkan. Ada remaja yang masih dibangku sekolah lagi mengaku telah beberapa kali mengadakan hubungan seks bebas (berzina) dengan teman perempuan. Bagaimana agaknya dengan yang tidak mengaku? Sekarang pula sudah ada cadangan untuk mengadakan sekolah khas untuk ibu mengandung luar nikah, maka jangan terkejut hari ini kalau anda menemui sekolah yang peratus besar pelajarnya adalah anak zina! Antara Punca / sebab: Antara faktor-faktor penyebab kepada gejala ini ialah gaya hidup yang begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai seorang muslim sejati. Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada: 1) Gaya hidup meniru orang barat / kafir. 2) Institusi keluarga yang tidak stabil; masing-masing membawa diri. 3) Masyarat yang tak peduli dengan suasana persekitaran. Begitu ramai remaja/pelajar yang terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral, sama ada terlibat dengan lumba haram, pergaulan bebas, hiburan melampau, rokok, dadah, gam, ecstacy, ice, arak dan sebagainya. Situasi sosial dan hidup moden dalam masyarakat kita pada hari ini juga sebenarnya memarakkan lagi gejala zina, di mana berleluasanya budaya wanita yang mendedah aurat, berpakaian menjolok mata, penyebaran majalah-majalah yang mengghairahkan, video-video lucah, filem-filem berbentuk seksual, bahan-bahan seks yang penuh di dalam internet, handphone serta lain-lain media. Gaya hidup moden sekarang banyak mendedahkan remaja kepada fenomena ini yang mendorong kepada hidup bebas, berpasangan dan pergaulan tanpa batas. Ini ditambah dengan faktor rangsangan nafsu syahwat, hasutan syaitan, dan dorongan budaya barat yang buruk. Amalan hidup mereka ini dapat membawa kepada kerosakan dan kemusnahan diri mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Justeru, remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan bahaya yang akan berlaku hasil tingkahlaku dan perbuatan mereka ini. Penyakit SMS / Facebook: عن أبي هُرَيْرَةَ عن النبي : ((كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلا الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَيَقُولَ: يَا فُلانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ)). رواه البخاري. Maksudnya: Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: ((Setiap umatku itu dimaafkan, kecuali orang-orang yang menampakkan (menunjuk-nunjuk) kejahatannya sendiri. Dan sesungguhnya termasuk dari mereka yang menampakkan (keburukan sendiri) itu ialah jikalau seseorang melakukan sesuatu perbuatan (dosa) di waktu malam, kemudian tiba waktu pagi, sedangkan Allah telah menutupi keburukannya itu, tiba-tiba dia mengatakan pada paginya itu: “Wahai Fulan, malam tadi aku melakukan demikian, demikian.” Orang itu pada malamnya telah ditutupi dosanya oleh Allah, tetapi pada waktu pagi dia telah membuka apa yang ditutupi Allah kepadanya itu.)) [HR Bukhari dan Muslim] Faktor Keluarga / Masyarakat yang langsung tak ambil peduli; nafsi! Nafsi.. Mungkin disebabkan kerana kejahilan atau membuta tuli kepada apa yang berlaku, dalam ertikata lain sudah “mati perasaan” “tidak ada sifat ghirah” “Amar Ma’ruf nahi mungkar” hanya tugas Pejabat agama! Dll. ولقد كان أصحاب رسول الله من أشد الناس غيرة على أعراضهم، روي عن رسول الله أنه قال يومًا لأصحابه: ((إن دخل أحدكم على أهله ووجد ما يريبه أَشْهَدَ أربعًا. فقام سعد بن معاذ متأثرًا فقال يا رسول الله: أأدخل على أهلي فأجد ما يريبني انتظر حتى أشهد أربعًا؟! لا والذي بعثك بالحق!! إن رأيت ما يريبني في أهلي لأطيحنَّ بالرأس عن الجسد ولأضربنَّ بالسيف غير مصفح [أي بحدّه لا بعرضه] وليفعل الله بي بعد ذلك ما يشاء. فقال: ((أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ، لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ وَاللهُ أَغْيَرُ مِنِّي))؛ ومن أجل غيرة الله حرَّم الفواحش ما ظهر منها وما بطن…)) الحديث، أصله في الصحيحين. [البخاري: (6846)، ومسلم: (1498)]. يقول ابن القيم رحمه الله: (إذا رحلت الغيرة من القلب ترحَّلت المحبة، بل ترحل الدين كله). عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ((ثَلاثَةٌ لا يَنْظُرُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ. وَثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمُدْمِنُ عَلَى الْخَمْرِ، وَالْمَنَّانُ بِمَا أَعْطَى)) رواه النسائي وأحمد “سنده حسن”. شرح سنن النسائي: (الْمُتَرَجِّلَة) الَّتِي تَتَشَبَّهُ بِالرِّجَالِ فِي زِيِّهِمْ وَهَيْئَاتهمْ. فَأَمَّا فِي الْعِلْم وَالرَّأْيِ فَمَحْمُودٌ. (وَالدَّيُّوث) وَهُوَ الَّذِي لا غَيْرَة لَهُ عَلَى أَهْلِهِ. Zina: Dosanya, Hukumannya Di Dunia Di Dalam Syari’at Allah Dan Azabnya di Akhirat 1. Zina Adalah Satu Dosa Besar: Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah SWT: { وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا } Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)”. [Al-Israa: 32] Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya. 2. Dicabut Iman darinya: عن أَبَي هُرَيْرَةَ قَالَ ((إِذَا زَنَى الرَّجُلُ خَرَجَ مِنْهُ الإِيمَانُ كَانَ عَلَيْهِ كَالظُّلَّةِ، فَإِذَا انْقَطَعَ رَجَعَ إِلَيْهِ الإِيمَانُ)) Maksudnya: “Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” [HR: Abu Daud: No. 4690, melalui Abu Hurairah “Sahih”] Berkata Ibnu Abbas ra: “Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina”. [Riwayat Bukhari di awal kitab Hudud, Fathul Bari 12:58-59] Sabda Nabi SAW. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ : ((لا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ)) رواه البخاري. Maksudnya: Dari Abu Hurairah, dia berkata: Telah bersabda Nabi SAW, “Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan merampas barang yang manusia (orang ramai) melihat kepadanya dengan mata mereka ketika dia merampas barang tersebut pada ketika dia seorang mukmin”. [HR: Al-Bukhari no. 2475 dan Muslim] Maksud dari hadis yang mulia ini ialah: Pertama: Bahawa sifat seorang mukmin tidak berzina dan seterusnya. Kedua: Apabila seorang mukmin itu berzina dan seterusnya maka hilanglah kesempurnaan iman dari dirinya”. [Lihat syarah hadis ini di Fathul Bari no. 6772 Syarah Muslim Juz.2 m/s: 41-45, Imam An-Nawawi] Di antara sifat “Ibaadur Rahman” [Tafsir Ibnu Katsir surat Al-Furqan ayat 68] ialah: ‘Tidak berzina’. Maka apabila seorang itu melakukan zina, nescaya hilanglah sifat-sifat mulia dari dirinya bersama hilangnya kesempurnaan iman dan nur keimannya. 3. Jenayah zina orang tua / sudah berkahwin: Kalau zina itu dilakukan oleh orang yang sudah tua, maka dosanya akan lebih besar lagi berdasarkan sabda Nabi yang mulia SAW. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ((ثَلاثَةٌ لا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلا يُزَكِّيهِمْ. قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ: وَلا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ: شَيْخٌ زَانٍ، وَمَلِكٌ كَذَّابٌ، وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ)) رواه مسلم. Maksudnya: “Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka seksa yang sangat pedih, iaitu; Orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong” [HR: Muslim] Demikian juga apabila dilakukan oleh orang yang telah bernikah atau pernah merasakan nikah yang sah, baik sekarang ini sebagai suami atau isteri atau duda atau janda, sama saja, dosanya sangat besar dan hukumannya sangat berat yang setimpal dengan perbuatan mereka, iaitu dirotan sebanyak seratus kali kemudian direjam sampai mati atau cukup direjam saja. Adapun bagi lelaki yang masih bujang atau dan anak gadis hukumnya dirotan seratus kali kemudian diasingkan (dibuang daerah) selama satu tahun. Peringkat Dosa Besar Zina; Dengan melihat kepada perbezaan hukuman dunia maka para ulama memutuskan berbeza juga besarnya dosa zina itu dari dosa besar kepada yang lebih besar dan sebesar-besar dosa besar. Mereka melihat siapa yang melakukannya dan kepada siapa dilakukannya. 4. Zina dengan saudara / jiran: الْمِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ يَقُولُ: قَالَ لأَصْحَابِهِ: مَا تَقُولُونَ فِي الزِّنَا؟ قَالُوا: حَرَّمَهُ اللهُ وَرَسُولُهُ، فَهُوَ حَرَامٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. قَالَ: فَقَالَ رَسُولُ اللهِ لأَصْحَابِهِ: ((لأَنْ يَزْنِيَ الرَّجُلُ بِعَشْرَةِ نِسْوَةٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَزْنِيَ بِامْرَأَةِ جَارِهِ)) قَالَ: فَقَالَ مَا تَقُولُونَ فِي السَّرِقَةِ؟ قَالُوا: حَرَّمَهَا اللهُ وَرَسُولُهُ فَهِيَ حَرَامٌ. قَالَ: ((لأَنْ يَسْرِقَ الرَّجُلُ مِنْ عَشْرَةِ أَبْيَاتٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَسْرِقَ مِنْ جَارِهِ)) مسند أحمد، صحيح الجامع. Kemudian, kalau kita melihat kepada siapa dilakukannya, maka apabila seorang itu berzina dengan isteri jirannya, masuklah dia ke dalam sebesar-besar dosa besar. Lebih membinasakan lagi apabila zina itu dilakukan kepada mahramnya seperti kepada ibu kandung, ibu tiri, anak, saudara kandung, anak sendiri, anak saudara, ibu saudara dan lain-lain yang ada hubungan mahram, maka hukumannya adalah bunuh. [Lihat: Tafsir Ibnu Katsir surah An-Nisaa ayat 22] 5. Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Nabi SAW: ((إِذَا ظَهَرَ الزِّنَا وَالرِّبَا فِي قَرْيَةٍ، فَقَدْ أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عَذََابَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ)) رواه الطبراني والحاكم. Maksudnya: “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. [Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya]. 6- Berbagai bala dan bencana di Dunia: عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ: ((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ! خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛ 1) لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا. 2) وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ، وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ، وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ. 3) وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ، وَلَوْلا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا. 4) وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ، فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ. 5) وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ، وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ)) [رواه ابن ماجه - (صحيح)] 7- Implikasi zina terhadap tubuh badan. Zina adalah suatu jenayah mungkar dan perilaku buruk yang telah Allah swt tetapkan baginya hukuman dunia dan balasan akhirat. Malah seorang penzina lazimnya tidak terselamat daripada pelbagai penyakit yang membinasakan sebagai hukuman Ilahi. Telah terbukti bahawa zina adalah punca kepada beberapa penyakit kronik dan merbahaya, antaranya; 1. HIV/Aids: Ia adalah satu penyakit yang melemahkan daya ketahanan (antibodi) tubuh badan dalam melawan jangkitan kuman serta menyebabkan penyakit kronik yang membawa maut kepada penghidapnya. Ianya berpindah melalui penzinaan, dari lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Sehingga ke hari ini ubat untuk penyakit ini masih dalam kajian. 2. Sifilis: Ia adalah sejenis bakteria yang menjangkiti anggota kelamin dan anggota-anggota lain bagi kaum lelaki dan wanita. Ia akan merebak menjadi penyakit kulit pada seluruh badan. Ia juga boleh menyerang anggota saraf dan saluran darah ke otak . 3. Gonorrhoea: Penyakit ini akan menyebabkan anggota kelamin mengeluarkan cecair bernanah akibat jangkitan kuman terhadap anggota kelamin lelaki dan juga wanita. Jika berpanjangan ia akan menumbuhkan bisul (ulcers tumours) dan pengeluaran nanah yang boleh menyebabkan kemandulan bagi lelaki dan wanita. Beberapa penyakit lain yang masyhur akibat hubungan seks dan menular melaluinya: Herpes Genital, jangkitan seumur hidup yang menyebabkan melecet-luka pada alat kelamin yang biasanya hilang dan muncul semula. Kutil di kelamin (Genital wart), Hepatitis B, Kanser prostat, Kanser Serviks (leher rahim) dan sebagainya. Sangat penting mengetahui bahawa hubungan seksual bukan hanya sekadar hubungan intim. Hubungi seksual seperti ciuman, oral seks, melalui dubur dan penggunaan alat bantu seks seperti vibrator juga berisiko menyebarkan virus. Disebabkan pelbagai implikasi buruk, berbagai-bagai penyakit dan juga bencana-bencana ini, maka Allah swt telah mengharamkan amalan ini sebagai suatu rahmat dan hidayah petunjuk kepada manusia untuk melalui jalan-jalan kebaikan, sumber kejayaan dan keselamatan terhadap agama, masyarakat, diri dan tubuh badan. 8- Kesan Terhadap Keturunan: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ حِينَ نَزَلَتْ آيَةُ الْمُتَلاعِنَيْنِ: ((أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَدْخَلَتْ عَلَى قَوْمٍ مَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ فَلَيْسَتْ مِنْ اللَّهِ فِي شَيْءٍ، وَلَنْ يُدْخِلَهَا اللَّهُ جَنَّتَهُ. وَأَيُّمَا رَجُلٍ جَحَدَ وَلَدَهُ وَهُوَ يَنْظُرُ إِلَيْهِ، احْتَجَبَ اللهُ مِنْهُ وَفَضَحَهُ عَلَى رُءُوسِ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ)). [رواه داود. ضعيف الجامع] حاشية السندي: قَوْله (فَلَيْسَتْ مِنْ اللَّه فِي شَيْء) مِنْ دِينه أَوْ مِنْ رَحْمَته وَهَذَا تَغْلِيظ لِفِعْلِهَا. 9- Lebih Teruk Dari Haiwan: Haiwan tidak melakukan zina sebagaimana dalam kisah monyet menjatuhkan hukuman rejam ke atas penzina. عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ قَالَ: (رَأَيْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمَعَ عَلَيْهَا قِرَدَةٌ قَدْ زَنَتْ فَرَجَمُوهَا فَرَجَمْتُهَا مَعَهُمْ) رواه البخاري. فتح الباري لابن حجر: قَوْله: (رَأَيْت فِي الْجَاهِلِيَّة قِرْدَة) بِكَسْرِ الْقَاف وَسُكُون الرَّاء وَاحِدَة الْقُرُود، وَقَوْله: “اِجْتَمَعَ عَلَيْهَا قِرَدَة” بِفَتْحِ الرَّاء جَمْع قِرْد، وَقَدْ سَاقَ الإِسْمَاعِيلِيّ هَذِهِ الْقِصَّة مِنْ وَجْه آخَر مُطَوَّلَة مِنْ طَرِيق عِيسَى بْن حِطَّان عَنْ عَمْرو بْن مَيْمُون قَالَ: “كُنْت فِي الْيَمَن فِي غَنَم لأَهْلِي وَأَنَا عَلَى شَرَف، فَجَاءَ قِرْد مِنْ قِرَدَة فَتَوَسَّدَ يَدهَا، فَجَاءَ قِرْد أَصْغَر مِنْهُ فَغَمَزَهَا، فَسَلَّتْ يَدهَا مِنْ تَحْت رَأْس الْقِرْد الأَوَّل سَلا رَفِيقًا وَتَبِعَتْهُ، فَوَقَعَ عَلَيْهَا وَأَنَا أَنْظُر، ثُمَّ رَجَعَتْ فَجَعَلَتْ تُدْخِل يَدهَا تَحْت خَدّ الأَوَّل بِرِفْقٍ، فَاسْتَيْقَظَ فَزِعًا، فَشَمَّهَا فَصَاحَ، فَاجْتَمَعَتْ الْقُرُود، فَجَعَلَ يَصِيح وَيُومِئ إِلَيْهَا بِيَدِهِ، فَذَهَبَ الْقُرُود يَمْنَة وَيَسْرَة، فَجَاءُوا بِذَلِكَ الْقِرْد أَعْرِفهُ، فَحَفَرُوا لَهُمَا حُفْرَة فَرَجَمُوهُمَا، فَلَقَدْ رَأَيْت الرَّجْم فِي غَيْر بَنِي آدَم”.نسأل الله السلامة والعافية. 10- Fahisyah adalah hutang yang bertangguh. هذه قصيدة جميلة للإمام الشافعى فى التعفف يقول: عِفُّوا تَعِفُّ نِسَاؤُكُم في المَحرَمِ …… وتَجَنَّبُوا ما لا يَليقُ بمُســلِم إن الزنا دَيْنٌ فإن أقرضتَهُ …… كان الوفَا مِن أهلِ بيتكَ فاعلَــمِ يا هاتكاً حرم الرجال وقاطعا …… سبل المودة عشت غير مكـرم لو كنت َ حرا من سلالة ماجِد …… ما كنتَ هتاكا لحرمة مسـلمِ مَن يَزْنِ يُزْنَ بِهِ ولو بِجِدَارِهِ ….. إن كنتَ يا هذا لبيبًا فَافْهَـــمِ من يزن في قوم بألفي درهم ….. يزن في أهل بيته ولو بالدرهـم عَنِ ابْنِ عُمَرَ رفعه: ((بَرُّوا آباءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ، وَعِفُّوا تَعِفُّ نِسَاؤُكُمْ)) المعجم الكبير للطبراني: [(ضعيف) انظر حديث رقم: 2329 في ضعيف الجامع]. وقال ابن الجوزي في صيد الخاطر: “مَا نَزَلَتْ بِي آفَةٌ، وَلا غَمٌّ، وَلا ضِيقُ صَدْرٍ، إلا بِزَلَلٍ أَعْرِفُهُ، حَتَّى يُمْكِنَنِي أَنْ أَقُولَ هَذَا بِالشَّيْءِ الْفُلانِيِّ، وَرُبَّمَا تَأَوَّلْت تَأْوِيلا فِيهِ بُعْدٌ، فَأَرَى الْعُقُوبَةَ. [غذاء الألباب في شرح منظومة الآداب]. Hukuman Di Dunia: تفسير ابن كثير: سورة النور، وهي مدنية. بسم الله الرحمن الرحيم. {سُورَةٌ أَنزلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (1) الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (2)} يقول تعالى: هذه {سُورَةٌ أَنزلْنَاهَا} فيه تنبيه على الاعتناء بها ولا ينفى ما عداها. {وفرضناها} قال مجاهد وقتادة: أيْ بيّنا الحلال والحرام والأمر والنهي، والحدود. وقال البخاري: ومن قرأ “فَرَضْناها” يقول: فَرَضْنا عليكم وعلى من بعدكم . {وَأَنزلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ} أي: مفسَّرات واضحَات، {لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ}. ثم قال تعالى: {الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ} هذه الآية الكريمة فيها حكم الزاني في الحد، وللعلماء فيه تفصيل ونزاع؛ فإن الزاني لا يخلو إما أن يكون بكرًا، وهو الذي لم يتزوج، أو محصنا، وهو الذي قد وَطِئَ في نكاح صحيح، وهو حر بالغ عاقل. فأما إذا كان بكرًا لم يتزوج، فإن حدَّه مائة جلدة كما في الآية ويزاد على ذلك أن يُغرّب عاما عن بلده عند جمهور العلماء، خلافا لأبي حنيفة، رحمه الله؛ فإن عنده أن التغريبَ إلى رأي الإمام، إن شاء غَرَّب وإن شاء لم يغرِّب . وحجة الجمهور في ذلك ما ثبت في الصحيحين، من رواية الزهري، عن عُبَيْد الله بن عبد الله بن عُتبة بن مسعود، عن أبي هريرة وزيد بن خالد الجُهَنيّ، جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللهِ، فَقَامَ خَصْمُهُ فَقَالَ: صَدَقَ، اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللهِ. فَقَالَ الأَعْرَابِيُّ: إِنَّ ابْنِي كَانَ عَسِيفًا عَلَى هَذَا، فَزَنَى بِامْرَأَتِهِ فَقَالُوا لِي عَلَى ابْنِكَ الرَّجْمُ، فَفَدَيْتُ ابْنِي مِنْهُ بِمِائَةٍ مِنْ الْغَنَمِ وَوَلِيدَةٍ، ثُمَّ سَأَلْتُ أَهْلَ الْعِلْمِ فَقَالُوا: إِنَّمَا عَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ. فَقَالَ النَّبِيُّ : لأَقْضِيَنَّ بَيْنَكُمَا بِكِتَابِ اللهِ، أَمَّا الْوَلِيدَةُ وَالْغَنَمُ فَرَدٌّ عَلَيْكَ، وَعَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ. اغْدُ يَا أُنَيْسُ إِلَى امْرَأَةِ هَذَا، فَإِنْ اعْتَرَفَتْ فَارْجُمْهَا. قَالَ: فَغَدَا عَلَيْهَا فَاعْتَرَفَتْ، فَأَمَرَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ فَرُجِمَتْ “. [صحيح البخاري برقم (2314، 6633) وصحيح مسلم برقم (1697)]. ففي هذا دلالة على تغريب الزاني مع جلد مائة إذا كان بكرا لم يتزوج. فأما إن كان محصنا فإنه يرجم، كما قال الإمام مالك: حدثني ابن شهاب، أخبرنا عبيد الله بن عبد الله بن عتبة بن مسعود، أن ابن عباس أخبره أن عمر قام فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: أما بعد، أيها الناس، فإن الله بعث محمدًا بالحق، وأنزل عليه الكتاب، فكان فيما أنزل عليه آية الرجم، فقرأناها وَوَعَيْناها، وَرَجمَ رسول الله وَرَجمْنا بعده، فأخشى أن يطول بالناس زمان أن يقول قائل: لا نجد آية الرجم في كتاب الله، فيضلوا بترك فريضة قد أنزلها الله، فالرجم في كتاب الله حق على من زنى، إذا أحصن، من الرجال والنساء، إذا قامت البينة، أو الحبل، أو الاعتراف. أخرجاه في الصحيحين من حديث مالك مطولا وهذا قطعة منه، فيها مقصودنا هاهنا. [الموطأ (2/822) وصحيح البخاري برقم (6829،6830) وصحيح مسلم برقم (1691) وهو عندهما بهذا السياق من حديث ابن شهاب الزهري.]. Antara Cara Mengatasi: Selain kita wajib menjauhi aspek-aspek negatif yang disebutkan, kita perlu kembali kepada cara asas yang ditunjukkan oleh Nabi SAW, iaitu: i. Menundukkan pandangan, baik lelaki mahupun perempuan. Dalam erti kata khusus, menjaga pandangan mata daripada bercampur dengan unsur-unsur seksual. Daripada Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali ra, berkata: عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ جَرِيرٍ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ؟ فَقَالَ: ((اصْرِفْ بَصَرَكَ)). “Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.” [HR Abu Daud: Sahih]. عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ : ((لا تُتْبِعْ النَّظَرَ النَّظَرَ؛ فَإِنَّ الأُولَى لَكَ وَلَيْسَتْ لَكَ الأَخِيرَةُ)) رواه أحمد Sabda Nabi SAW kepada Ali bin Abi Talib RA: “Wahai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya.” [HR Ahmad]. ii. Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ini kerana pergaulan itu perlu bersandar kepada batasan-batasan Syara’. Daripada Ibnu ’Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: ((قَالَ لا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ)) رواه الترمذي “صحيح”. Maksudnya: “Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.” [HR al-Tirmizi “Sahih”] iii. Menekankan tanggungjawab kaum lelaki dalam membimbing kaum wanita agar mengikuti kehendak Syara’, seperti tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan, dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebagainya. Daripada Usamah bin Zaid RA, Rasulullah SAW bersabda: ((مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ)) رواه البخاري. Maksudnya: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah di tengah-tengah manusia sepeninggalanku yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita.” [HR al-Bukhari dan Muslim). iv. Banyak berdoa kepada Allah SWT. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ يَدْعُو وَيَقُولُ: ((اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ)) رواه البخاري. Semoga kita dan zuriat kita dipelihara dan dijauhkan oleh Allah SWT daripada perbuatan keji dan maksiat ini. Janganlah sekali-sekali mendekati zina walaupun unsur-unsurnya yang kecil sekalipun, dan jauhilah perbuatan dosa dan maksiat. v. Berkahwin. Firman Allah SWT:  وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (النور: 32). Maksudnya: {Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan.} [An-Nur: 32] Sabda Rasulullah saw: «النكاح من سنتي، فمن لم يعمل بسنتي فليس مني، وتزوَّجوا فإني مكاثر بكم الأمم، ومن كان ذا طول فلينكح، ومن لم يجد فعليه بالصِّيام، فإن الصَّوم له وجاء». Maksudnya: “Perkahwinan adalah sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. Berkahwinlah! Kerana melalui kamu bilangan umatku mengatasi bilangan umat yang lain. Sesiapa yang mampu hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat mengawal hawa nafsunya.” [HR: Ibnu Majah No. 1846, Sahih Al-Jami’ No. 6807 “Sahih”].