Wednesday, February 10, 2016

Menilai Sambutan Maulud

Terjemahan dari teks Arab" Abu Bakar RA memerintah selama 2 tahun, dan tidak pernah beliau merayakan Maulid sedangkan beliau adalah Ash-Shiddiq umat ini, dan yang menemani Rasulullah SAW di Gua Thur. Umar RA memerintah selama 10 tahun, dan tidak juga beliau merayakan Maulid, sedangkan beliau adalah al-Faruq dan panduan umat ini. Uthman RA memerintah selama 13 tahun, dan tidak juga beliau merayakan Maulid, sedangkan beliau adalah suami kepada 2 puteri Rasulullah SAW, orang melakukan hijrah sebanyak 2 kali, dan yang paling tebal malunya dikalangan umat ini. Ali RA telah memerintah selama 4 tahun, dan tidak juga beliau merayakan Maulid, sedangkan beliau adalah sepupu Rasulullah SAW dan suami kepada ketua wanita syurga (puteri Rasulullah SAW). Al-Hasan RA telah memerintah selama 6 bulan, dan tidak juga merayakan Maulid sedangkan beliau ialah cucu Rasulullah SAW dan ketua pemuda ahli syurga. Selama pemerintahan Muawiyah RA, beliau juga tidak pernah merayakan Maulid sedangkan beliau adalah “raja” yang terbaik dari kalangan “raja-raja Islam”. Kemudian datanglah Kerajaan Umayyah yang di dalamnya terdapat Umar bin Abdul Aziz, serta Kerajaan Abbasiyyah yang di dalamnya terdapat Harun al-Rashid, dan mereka semua turut tidak merayakan Maulid. Mereka, sekalian ulama’ Islam, para pencinta Rasulullah SAW yang sebenar, tidak pernah merayakan Maulid Rasulullah sepanjang 3 kurun terbaik umat ini, sedangkan merekalah golongan yang paling berilmu dan memahami agama dan kitab Allah. Bagaimana tidak, merekalah golongan Hamalatul Qur’an dan perawi kepada atsar. Kami berkata, “Sekiranya (sesuatu amalan itu adalah) baik, maka nescaya golongan ini telah mendahului kami (dalam melakukannya)”. Dan kami ingin mengungkapkan juga kata-kata Imam Malik, “Sesuatu yang tidak menjadi amalan agama pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, maka sehingga hari ini ia juga bukan merupakan amalan agama” Telah diketahui juga, bahawa tidaklah Rasulullah SAW itu berpindah ke alam kedua (kematian) melainkan Allah telah menyempurnakan agama ini untuknya, dan ini adalah nikmat Allah yang sangat besar buat kamu. Baginda Rasulullah SAW telah memperingatkan kepada kita dalam sunnahnya agar menjauhi segala perkara baru dalam agama, atau melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda mahupun para sahabat. Ketahuilah olehmu - semoga Allah merahmati kamu - sesungguhnya sepanjang 3 kurun terbaik umat ini, mereka sama sekali tidak mengenali apa itu perayaan Maulid, dan dengan itu ketahuilah bahawa ia adalah satu perbuatan bid’ah. Ia direka cipta semasa era Kerajaan Fatimiyyah (di Mesir) semasa dipimpin oleh al-Mu’iz li dinillah (penolong agama Allah), sedangkan sebenarnya dia adalah al-Mudhil li dinillah (penghina agama Allah). Semasa dia memimpin, dia memimpin dengan menampilkan segala ciri kafir bawwah (yang mengeluarkan pelakunya daripada agama Islam) dan kefasikkan yang jelas. Dia menghalalkan arak dan segala kemaluan (melalui nikah pelacuran - mut’ah), sepertimana juga dia telah mengisytiharkan bahawa dia keluar daripada mengikut golongan salaf, mencaci dan mengkafirkan sahabat, serta seluruh tokoh-tokoh Islam. Si cela** inilah yang juga merupakan orang pertama yang merayakan Maulid. Dia telah mencipta 6 Maulid: Maulid Nabi, Maulid Fatimah, Maulid Ali, Maulid Hasan, Maulid Husain, dan Maulid untuk dirinya sendiri. Kemudian, datanglah golongan jahil dari kalangan umat Islam yang meneruskan tradisi rekaan golongan Fatimiyyah ini secara buta tuli. Ketahuilah, tidak terdapat sebarang dalil agama yang menyokong golongan penyambut Maulid ini. Apa yang ada hanyalah nas-nas yang mereka salah fahami, atau atsar yang tidak sahih. Jika ada yang sahih, maka di situ sebenarnya tiada apa yang menyokong mereka. Ini adalah kesilapan besar sebahagian orang Islam semasa yang berlawanan dengan fatwa ulama’-ulama’ besar yang telah pun memutuskan bahawa sambutan Maulid ini adalah bid’ah. Kami ingin bertanya kepada golongan penyambut Maulid ini dengan 3 pertanyaan, dan kami benar-benar berharap agar mereka menjawapnya: 1) Merayakan Maulid ini adalah satu ketaatan kepada Allah atau maksiat kepadaNya? Sudah tentu mereka akan berkata “Ketaatan”. Jika mereka mengatakan ia adalah maksiat, maka dengan mudah semuanya selesai. 2) Baik, jika kamu mengatakan “Ia adalah ketaatan dan kamu akan mendapat pahala dengannya”, maka adakah Rasulullah SAW sendiri mengetahuinya atau tidak? Jika kamu berkata “Tidak”, maka sungguh kamu adalah golongan celaka kerana mendakwa guru teragung sebagai jahil, dan ini adalah kesesatan yang nyata. Jika kamu berkata “Baginda mengetahuinya”, maka ketika itu kami ingin berpindah ke soalan yang ketiga iaitu: 3) Jika kamu mengatakan “Ia adalah amalan ketaatan yang diketahui oleh Rasulullah SAW”, maka adakah baginda pernah menyampaikannya kepada umatnya? Jika kamu mengatakan “Baginda tidak menyampaikannya”, maka ini adakah puncak kejelekan kerana dengannya datang bersama tuduhan “Rasulullah SAW menyembunyikan sesuatu daripada risalah Allah”, sedangkan Allah telah berfirman, {Wahai Rasul (Muhammad SAW), sampaikan segala yang Allah turunkan kepadamu dalam risalah. Jika kamu tidak menyampaikannya, siapa lagi yang akan menyampaikan risalahNya?}”. Jika kamu mengatakan “Baginda telah menyampaikannya”, maka kami katakan, “Bawakan dalil. Dimana contoh daripada salaf yang mereka melakukannya? Adakah semua dalil daripada sahabat, tabi’in dan atba’ tabi’in sepanjang kurun-kurun yang mulia ini telah hilang? Dan tiada siapa yang meneruskan tradisi ini daripada mereka kecuali para najis-najis Fatimiyyah? Jika ia sedemikian rupa, maka kami dengan yakin mengatakan ia adalah bid’ah yang direka. Ini bahkan turut disertakan bersama pelbagai kemungkaran besar dan kecil yang berlaku di dalamnya dengan sangkaan merayakan Maulid? Semoga Allah memberi pertolonganNya kepada umat ini. Wallahuallam bissowad.